Sumbangan Asas Rahmah 2025: Semakan Status SARA MyKasih (RM100 & RM50 Setiap Bulan)

Sumbangan Asas Rahmah 2025: Semakan Status SARA MyKasih (RM100 & RM50 Setiap Bulan)

Kerajaan Madani telah memulakan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sejak Jun 2023 dengan pemberian kepada 210,000 penerima. Kejayaan program ini mendorong perluasan bantuan pada tahun 2024 kepada 700,000 penerima, dan kini diteruskan untuk tahun 2025 dengan sasaran lebih 5.4 juta penerima, termasuk penerima baharu.

Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban rakyat melalui pemberian RM100 dan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Baca juga : Semakan STR Fasa 1 2025

PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Keseluruhan penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 seperti yang telah direkodkan adalah seramai 5.4 juta penerima. Namun dipecahkan mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • 0.7 juta (penerima sedia ada).
  • Penerima Berstatus Bukan Miskin :
    • 4.7 juta (penerima baharu).

AMAUN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Seiring dengan peningkatkan kadar peruntukan, amaun Sumbangan Asas Rahmah yang akan disumbangkan pada tahun 2025 juga akan dipertingkatkan mengikut kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAKAN STATUS

Oleh kerana Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status boleh dilakukan di pautan portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR LHDNM).

Ikuti Panduan Semakan Status Di Bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalantanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Pada bahagian pengesahan, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Profile pemohon akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Anda akan dibawa ke halaman baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
  12. Untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, sila tekan butang [Semakan STR 2025].
  13. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
  14. Untuk SEMAKAN Sumbangan Asas Rahmah,sila klik [Maklumat Bayaran].
  15. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA e-Kasih] atau [SARA Bukan e-Kasih].
  16. Status anda sebagai penerima akan dipaparkan ‘Layak‘ atau ‘Tidak Layak‘.
  17. Selesai.

Cara Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

  1. Layari Portal Rasmi STR: Akses laman web rasmi untuk membuat semakan status terkini.
  2. Log Masuk Akaun: Masukkan nombor MyKad dan kata laluan untuk mengakses akaun anda.
  3. Pilih Menu Semakan: Klik pada bahagian Semakan Status SARA 2025.
  4. Papar Status: Anda akan dapat melihat status kelayakan dan maklumat bantuan bulanan.

Nota Penting

  • Kelayakan bantuan akan dinilai berdasarkan maklumat terkini dalam sistem.
  • Pastikan anda mengemas kini maklumat peribadi jika terdapat perubahan untuk memastikan kelayakan anda tidak terjejas.

Dapatkan info lengkap dan panduan langkah demi langkah untuk semakan Sumbangan Asas Rahmah 2025 melalui portal rasmi.

KAEDAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Secara lazimnya, Sumbangan Asas Rahmah akan disumbangkan kepada penerima melalui kaedah yang berbeza bagi setiap negeri seperti berikut :

  • Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan secara ansur setiap bulan khusus digunakan untuk pembelian barang keperluan secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya terdekat.
  • Negeri Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan atau diberikan secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap dua (2) kali setahun.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :