STR 2025 Tarikh Pembayaran Fasa 1: Semakan Kelayakan & Cara Cek Status

STR 2025 Tarikh Pembayaran Fasa 1: Semakan Kelayakan & Cara Cek Status

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dengan pemberian bantuan tunai secara berfasa. Objektif utama adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat dan memastikan kesejahteraan mereka terpelihara dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Jika anda ingin mengetahui tarikh pembayaran dan semakan kelayakan untuk Fasa 1 STR 2025, ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

STR FASA 1

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150

SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Syarat Kelayakan Penerima STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH PEMBAYARAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

  1. Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
    • Tiada Anak : RM 1,000
    • Anak 1-2 : RM 1,500
    • Anak 3-4 : RM 2,000
    • 5 dan keatas: RM 2,500
  2. Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
    • Tiada Anak : RM 500
    • Anak 1-2 : RM 750
    • Anak 3-4 : RM 1000
    • 5 dan keatas: RM 1250
  3. Kategori Warga emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
    • RM 600
  4. Kategori Bujang (21 hingga 59 tahun)
    • RM 600

Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).

TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 STR 2025

Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan, dan semakan bayaran boleh dilalukan di portal rasmi MySTR setelah bayaran mula diagihkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA DAN PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1

Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di BSN berdekatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf