Semakan SARA MyKasih RM100 2025: Semak Status Penerima

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif MyKasih diteruskan pada tahun 2025 untuk membantu golongan yang memerlukan. Bantuan ini memberikan RM100 setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) kepada penerima yang layak, bertujuan meringankan beban kos sara hidup.

SEMAKAN SARA MYKASIH RM100 2025

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan keperluan barangan asas di bawah program MyKasih. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian.

Pengagihan wang bantuan adalah secara TANPA TUNAI, dimana wang akan dimasukkan kedalam MyKad penerima bantuan, dan akan digunakan oleh penerima bantuan untuk transaksi pembayaran bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdafatr MyKasih.

Inisiatif bantuan ini akan disalurkan setiap bulan kedalam MyKad penerima bantuan yang berstatus lulus, dan kadar bayaran yang akan dikreditkan adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN SARA MYKASIH RM100 2025

Status kelayakan bantuan dan bayaran boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:

  1. Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 DI PORTAL MYSTR

Semakan status permohonan dan bayaran di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  7. Selesai.

PANDUAN SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 DI PORTAL MYKASIH

Semakan status permohonan dan bayaran di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
  3. Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
    pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  8. Selesai.

Cara Semak Status MyKasih RM100

  1. Akses Portal Rasmi: Layari laman web MyKasih SARA untuk membuat semakan.
  2. Log Masuk Akaun: Masukkan nombor MyKad dan kata laluan anda.
  3. Pilih Menu Semakan: Cari bahagian Semakan Status MyKasih untuk menyemak kelayakan.
  4. Papar Keputusan: Status permohonan akan dipaparkan, sama ada diterima, diproses, atau memerlukan kemas kini.

Nota Penting:

  • Penerima bantuan perlu memastikan maklumat peribadi mereka terkini untuk mengekalkan kelayakan.
  • Semakan boleh dilakukan secara berkala untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai status bantuan.

Ikuti panduan ini untuk semakan SARA MyKasih 2025 dan ketahui sama ada anda layak menerima bantuan bulanan RM100.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 )
Isi rumahRM 1200
(Sebulan RM 100)
RM 900
(RM 100 Sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(Sebulan RM 100)
RM 450
(RM 50 Sebulan)
BujangRM 600
(Sebulan RM 50)

TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN

Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar (Penerima STR 2025), bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.