Pembelian No PIN UPU 2025: Cara Beli Online di BSN (Panduan Lengkap)
Nombor PIN UPU diperlukan untuk mengakses sistem permohonan UPUOnline® bagi kemasukan ke Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi MARA BPT bagi Sesi Akademik 2025/2026. Pembelian PIN boleh dilakukan di cawangan BSN atau secara online.
Bagaimana cara membeli nombor PIN UPU secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk proses pembelian dan syarat penting.

BACA JUGA : https://semakanstrfasa.my/mykasih-2025-semakan/
TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU
Untuk pembelian Nombor Pin UPU boleh dilakukan bermula pada 9 Februari 2025 sebelu menghantar permohonan. Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan Nombor Pin bersama resit pembayaran dan pemohon perlu menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.
PEMBELIAN NO PIN UPU
Untuk memudahkan calon membuat pembelian nombor Pin UPU boleh dilakukan melalui :
- Melalui 350 Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui 700 Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui Perbankan Internet MyBSN.
CARA BELI NO PIN UPU DI KAUNTER
Calon boleh terus walk-in ke kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dan perlu membawa kad pengenalan dan wang tunai untuk pembayaran. Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memberikan slip pembelian Nombor Pin Unik ID UPU dan perlu disimpan untuk rujukan.
CARA BELI NO PIN UPU DI MESIN ATM
Berikut merupakan cara beli Nombor Pin UPU di mesin Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Masukkan kad ATM dan Nombor PIN.
- Pilih Urusan [Beli Pin].
- Pilih Jenis Permohonan [IPTA].
- Kemudian, Pilih Jenis Program (contoh : [SPM] atau [STPM] atau [Lain-lain].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / MyKad Pemohon.
- Klik [Ya] untuk meneruskan urusan.
- Maklumat pembelian Pin Unik ID UPU akan dipaparkan.
- Klik [SETUJU] untuk meneruskan urusan atau klik [BATAL] untuk membatalkan urusan.
- Resit akan dicetak keluar.
- Selesai.
*Nota : Pemohon perlu menyimpan resit yang dicetak untuk rujukan permohonan.
CARA BELI NO PIN UPU MENERUSI PERBANKAN INTERNET
Calon perlu mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan kad ATM untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Sekiranya telah mempunyai akaun, calon boleh membeli nombor Pin melalui perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
- Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
- Klik [Pin purchase].
- Pilih Organization [UPU]..
- Kemudian, Pilih Program [Lepasan SPM] atau [Lepasan STPM/Setaraf].
- Nombor Pin Unik ID UPU akan diberikan.
- Selesai.
*Nota : Calon boleh terus membuat permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 dengan menggunakan Nombor Pin Unik ID UPU yang dibeli.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian rasmi : 03-8684 2363
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.