Pembelian No PIN BSN Online 2025/2026: Cara Beli PIN UPU (Panduan Lengkap)

Pembelian No PIN BSN Online 2025/2026: Cara Beli PIN UPU (Panduan Lengkap)

Sebelum memohon kemasukan ke Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2025/2026, calon perlu mendapatkan Nombor PIN Unik ID UPU. PIN ini boleh dibeli di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau melalui pembelian online.

Bagaimana cara membeli nombor PIN BSN secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk langkah pembelian dan syarat penting.

BACA JUGA : https://semakanstrfasa.my/str-2025/

TARIKH BELI NO PIN UPU BSN

Semua pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh mula membuat pembelian Nombor Pin UPU bagi permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 bermula pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH PEMBELIAN
Nombor Pin UPU BSNBermula 9 Februari 2025, Ahad

TARIKH PERMOHONAN UPU 2025/2026

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 adalah pada tarikh seperti berikut :

  • FASA PERTAMA (1) :
    • Bermula 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025 (Bagi Lepasan SPM & STPM/ Setaraf).
  • FASA KEDUA (2) :
    • Bermula 14 April 2025 sehingga 18 Mei 2025 (Bagi Program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian).

SENARAI KAEDAH BELI NO PIN UPU BSN

Nombor Pin UPU boleh dibeli melalui kaedah seperti berikut :

  • Melalui 350 Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Melalui 700 Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Melalui Perbankan Internet MyBSN.

PANDUAN PEMBELIAN NO PIN BSN ONLINE

Untuk pembelian Nombor Pin UPU melalui perbankan internet myBSN secara online, calon perlu mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan kad ATM. Berikut merupakan panduan cara pembelian Nombor Pin UPU secara online :

  1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
  2. Klik pada [Pin Purchase].
  3. Pilih Organization [UPU].
  4. Seterusnya, Pilih Program [Lepasan SPM] atau [Lepasan STPM/Setaraf].
  5. Pembayaran melalui akaun bank.
  6. Nombor Pin Unik ID UPU akan diberikan.
  7. Selesai.

*Nota : Calon boleh terus membuat permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 secara online dengan Nombor Pin Unik ID UPU yang dibeli.

PANDUAN PEMBELIAN NO PIN MELALUI MESIN ATM BSN

Berikut merupakan cara pembelian Nombor Pin UPU di mesin Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran :

  1. Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan nombor Pin.
  3. Pilih Urusan [Beli Pin UPU].
  4. Seterusnya, Pilih Jenis Permohonan [IPTA].
  5. Kemudian, Pilih Jenis Program [SPM] atau [STPM] atau [Lain-lain].
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / MyKad Pemohon.
  7. Klik butang [Ya] untuk meneruskan urusan.
  8. Maklumat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU akan dipaparkan.
  9. Klik butang [SETUJU] untuk meneruskan urusan atau klik [BATAL] untuk membatalkan urusan.
  10. Resit akan dicetak keluar.
  11. Selesai.

*Nota : Resit yang dikeluarkan perlu disimpan dan digunakan untuk permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026.

PANDUAN PEMBELIAN NO PIN MELALUI KAUNTER BSN

Kunjungi kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dan perlu membawa bersama kad pengenalan dan wang tunai untuk bayaran. Kemudian, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memberikn slip pembelian Nombor Pin Unik ID UPU dan perlu disimpan sebagai rujukan permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.