MyKasih 2025: Bila Bayar & Cara Semak Status Kelayakan (RM600, RM900, RM1200)

Program MyKasih 2025 menawarkan bantuan tunai dan tanpa tunai bagi meringankan beban rakyat melalui penyaluran subsidi bersasar. Bantuan ini diberikan selama 9 hingga 12 bulan untuk golongan yang layak, dengan jumlah antara RM600, RM900, dan RM1200.

Nak tahu bila pembayaran MyKasih 2025 dibuat dan bagaimana untuk semak status kelayakan anda? Teruskan membaca untuk panduan lengkap dan maklumat terkini.

PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150

MYKASIH 2025 BILA BAYAR

Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dibayar mengikut jadual seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
MYKASIH 2025
Penerima Sedia Ada** Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Baharu** April 2025
sehingga
** Disember 2025

MYKASIH 2025 CARA BAYAR

Cara pembayaran Bantuan MyKasih lazimnya mengikut negeri seperti berikut :

  • Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
    • Dibayar secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
  • Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima dua kali setahun.

MYKASIH 2025 JUMLAH BAYARAN

Jumlah Bantuan MyKasih yang akan dibayar adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYKASIH 2025
Penerima Sedia AdaIsi Rumah : RM1,200 setahun
Bujang : RM600 setahun
Warga Emas : RM1,200 setahun
Penerima BaharuIsi Rumah : RM900 setahun
Bujang : Tiada
Warga Emas : RM450 setahun

CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH 2025

Sekiranya anda ingin mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2025, sila ikuti panduan cek status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
  7. Selesai.

Bagi paparan status ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila cek pada pautan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran MyKasih akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.