MYKASIH 2025 Semakan Kelayakan: Semak Status Layak RM100 & RM50 Setiap Bulan (Bantuan Kerajaan)

MYKASIH 2025 Semakan Kelayakan: Semak Status Layak atau Tidak untuk RM100 & RM50 Setiap Bulan

Program Bantuan MyKasih yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia, melalui penyesuaian semula subsidi, akan diteruskan pada tahun 2025 dengan peningkatan bilangan penerima yang layak. Daripada hanya 0.7 juta penerima pada tahun-tahun sebelumnya, kini seramai 5.4 juta penerima layak dijangka menerima manfaat pada 2025. Ingin tahu cara untuk membuat semakan kelayakan MyKasih 2025? Dapatkan panduan lengkap dan maklumat terkini tentang cara menyemak status kelayakan anda untuk menerima bantuan RM100 dan RM50 setiap bulan. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah!

PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN

  • PENERIMA SEDIA ADA :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYKASIH 2025
ISI RUMAHRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
BUJANGRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
  • PENERIMA BAHARU :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYKASIH 2025
ISI RUMAHRM100 setiap bulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMASRM50 setiap bulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANG

TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH BAYARAN
MYKASIH 2025
Penerima Sedia AdaSelama tempoh 12 bulan
(Januari sehingga Disember 2025)
Penerima BaharuSelama tempoh 9 bulan
(April sehingga Disember 2025)

CARA BAYARAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran MyKasih, iaitu secara tunai dan tanpa tunai bergantung kepada penerima di setiap negeri seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN MYKASIH 2025
Selangor
Kuala Lumpur
Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Terengganu
Kelantan
Pahang
Perak
Kedah
Pulau Pinang
Perlis
Dibayar secara tanpa tunai melalui
Kad Pengenalan penerima
setiap bulan untuk pembelian barangan
keperluan asas di mana-mana kedai
atau pasaraya seluruh Malaysia
Sabah
Sarawak
W.P Labuan
Dibayar secara tunai melalui
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau melalui akaun bank penerima
dua kali setahun dan boleh digunakan
untuk pelbagai transaksi

MYKASIH 2025 SEMAKAN KELAYAKAN

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan myKasih bagi tahun 2025 mengikut semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi myKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
  7. Selesai.

Jika semakan kelayakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila semak pada pautan di bawah pula :

  1. Sila layari laman rasmi mySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran myKASIH (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan myKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.