Portal rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka untuk permohonan baharu dan kemaskini maklumat bagi penerima sedia ada. Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi, seperti alamat, bilangan tanggungan, atau maklumat lain yang relevan, penerima disarankan untuk mengemas kini borang permohonan sebelum tarikh tutup bagi Fasa Pertama (1).

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150
APA ITU STR 2025
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Program ini merupakan bantuan khas oleh kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu B40 dan M40 di Malaysia secaraTUNAI.Matlamat program bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai berperingkat sepanjang tahun.
Dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion, dimana peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
TARIKH KEMASKINI STR ONLINE
Bagi mengelakkan permohonan berstatus ‘Tidak Lulus’, setiap pemohon sedia ada disarankan untuk membuat pengemaskinian maklumat permohonan tanpa sebarang keciciran maklumat yang terkini dan pemohon boleh mula mengemaskini maklumat secara online bermula pada 19 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 bagi fasa satu (1).
TARIKH KEMASKINI DIBUKA | TARIKH KEMASKINI DITUTUP |
---|---|
19 Oktober 2024 | 30 November 2024 |
*Tarikh di atas adalah untuk penerimaan fasa pertama (1) sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON STR
Selain daripada Wargenagara Malaysia pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan STR 2025 seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas adalah bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Bantuan STR akan disalurkan kepada penerima mengikut jumlah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas (warga emas) | RM600 |
Cara Kemaskini STR 2025 Online
- Layari laman web rasmi STR: Akses portal melalui pautan rasmi kerajaan.
- Log masuk akaun anda: Gunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Kemaskini borang permohonan: Periksa dan ubah maklumat terkini jika diperlukan.
- Sahkan dan hantar: Pastikan semua perubahan adalah tepat sebelum menghantar borang.
Nota Penting:
- Proses kemaskini STR 2025 adalah penting bagi memastikan maklumat anda kekal relevan untuk kelayakan bantuan.
- Semakan status permohonan juga boleh dilakukan melalui portal ini selepas pengemaskinian.
Untuk info lebih lanjut mengenai Kemaskini STR 2025, rujuk panduan yang disediakan di portal rasmi.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]