eWallet Madani Semakan 2025: Status Kelayakan (RM600, RM900, RM1200) & Cara Cek
Inisiatif eWallet Madani 2025 adalah bantuan tanpa tunai yang diperkenalkan untuk menyokong golongan memerlukan, termasuk isi rumah, individu bujang, dan warga emas. Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas. Bagi yang ingin mengetahui kelayakan untuk menerima bantuan ini, ikuti panduan semakan eWallet Madani 2025 di bawah untuk maklumat lanjut.

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150
APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI
Bantuan tanpa tunai (cashless) merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khusus kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (eKasih dan Bukan eKasih) dimana bantuan akan disalurkan khusus untuk urusan pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai melalui MyKad pengguna.
SEMAKAN SYARAT LULUS BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
SEMAKAN TARIKH PENYALURAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasih | Bermula Januari 2025 (Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 (Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan) |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
KEGUNAAN DUIT BANTUAN EWALLET MADANI
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas (SARA) yang diluluskan untuk pembelian secara tanpa tunai:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Roti
- Tepung
- Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Mi segera
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf