Bantuan STR 2025: Bila Semakan Fasa 1 – Semak Status Layak atau Tidak untuk Bantuan Tunai Rahmah
Dianggarkan bahawa jumlah penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa pertama 2025 akan meningkat daripada 8.7 juta penerima, berikutan pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun kepada rakyat yang layak. Kerajaan akan memastikan bahawa rakyat yang kurang bernasib baik akan menerima bantuan tunai yang sewajarnya. Bilakah anda boleh semak status bantuan STR fasa 1 2025 untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui langkah semakan dan maklumat lebih lanjut.

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150
BANTUAN STR 2025 BILA SEMAKAN
Bagi pemohon sedia ada yang telah mengemaskini permohonan dan pemohon baharu serta rayuan yang telah membuat permohonan sebelum pada 31 November 2024, kini boleh membuat semakan status Bantuan STR untuk mengetahui layak atau tidak menerima bayaran fasa pertama (1) bagi tahun 2025.
BANTUAN STR 2025 CARA SEMAKAN
Bagi yang ingin membuat semakan status Bantuan STR untuk mengetahui layak atau tidak terima bayaran fasa pertama (1), sila ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN STR 2025
Berdasarkan rekod terakhir, jumlah penerima Bantuan STR adalah seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (Berkahwin / Tunggal) | 3.1 juta penerima |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (Berkahwin / Tunggal) | 1.0 juta penerima |
Bujang / Balu / Duda / Janda Berumur 21 tahun hingga 59 tahun | 1.3 juta penerima |
Bujang / Balu / Duda / Janda Berumur 60 tahun dan ke atas | 3.4 juta penerima |
*Bagaimanapun, jumlah penerima dijangka akan bertambah seiring dengan permohonan dan rayuan yang telah dibuka baru-baru ini.
AMAUN BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1
Berikut merupakan amaun bayaran Bantuan STR bagi tahun 2025 mengikut kategori kelayakan :
KATEGORI KELAYAKAN | AMAUN BAYARAN STR 2025 | AMAUN BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Bujang 21 hingga 59 tahun | RM600 | RM150 |
Bujang 60 tahun ke atas | RM600 | RM150 |
*Amaun bayaran Bantuan STR fasa pertama (1) hanyalah anggaran sahaja dan anda perlu membuat semakan jumlah yang akan anda terima bagi fasa pertama (1).
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Kaedah pembayaran Bantuan STR adalah sama seperti tahun sebelum ini juga, iaitu secara tunai dan tanpa tunai seperti berikut :
- Secara Tunai Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Secara Tanpa Tunai Di Kreditkan Ke Dalam Akaun Bank Penerima :
- Bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.