Bantuan STR 2025: Tarikh Pembayaran Fasa 1 & Cara Cek Status Kelayakan
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat dalam empat fasa. Fasa pertama (1) dijangka akan disalurkan kepada penerima pada suku pertama tahun 2025. Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan untuk menerima bantuan ini, anda boleh cek status dengan mudah melalui panduan yang disediakan. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara semak kelayakan dan tarikh pembayaran STR Fasa 1.

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150
BANTUAN STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1
Tarikh pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 adalah pada :
PERKARA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2025 | Tarikh pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 akan dimaklumkan dan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi |
*Nota : Kepada pemohon sedia ada yang belum membuat kemaskini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, disarankan untuk membuat kemaskini permohonan bagi penerima Bantuan STR 2025 diluluskan.
BANTUAN STR 2025 AMAUN BAYARAN FASA 1
Amaun bayaran Bantuan STR Fasa 1 bagi tahun 2025 kepada setiap kategori penerima adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN BANTUAN STR 2025 | AMAUN BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2025 |
---|---|---|
ISI RUMAH B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
ISI RUMAH M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
WARGA EMAS (BUJANG) | RM600 | RM150 |
BUJANG | RM600 | RM150 |
*Bagaimanapun, amaun bayaran Bantuan STR Fasa 1 di atas hanyalah anggaran sahaja berdasarkan jumlah keseluruhan. Amaun bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang sebenar akan dikemaskini sebaik saja diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.
BANTUAN STR 2025 CARA PEMBAYARAN FASA 1
Cara pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini juga yang bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2025 PEMBAYARAN FASA 1
Ketahui status kelayakan anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ menerima pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 mengikut panduan cek status di laman rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.