Kerajaan Madani komited untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat dengan meneruskan Bantuan Sara di bawah Program MyKasih bagi tahun 2025. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan sebanyak RM100 kepada golongan yang layak, bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup penerima.
Nak tahu bila Bantuan Sara MyKasih RM100 akan masuk dan bagaimana cara semak kelayakan? Teruskan membaca untuk maklumat penuh dan panduan semakan.

Baca juga : MyKasih 2024: Semakan Status Bayaran One-Off RM300/RM150
BANTUAN SARA MYKASIH RM100 BILA MASUK
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Januari 2025 : RM100 | – |
Februari 2025 : RM100 | – |
Mac 2025 : RM100 | – |
April 2025 : RM100 | April 2025 : RM100 |
Mei 2025 : RM100 | Mei 2025 : RM100 |
Jun 2025 : RM100 | Jun 2025 : RM100 |
Julai 2025 : RM100 | Julai 2025 : RM100 |
Ogos 2025 : RM100 | Ogos 2025 : RM100 |
September 2025 : RM100 | September 2025 : RM100 |
Oktober 2025 : RM100 | Oktober 2025 : RM100 |
November 2025 : RM100 | November 2025 : RM100 |
Disember 2025 : RM100 | Disember 2025 : RM100 |
NEGERI PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100
Hanya penerima yang lahir atau menetap di negeri-negeri berikut sahaja akan Bantuan Sara MyKasih RM100 setiap bulan :
- Selangor;
- Kuala Lumpur;
- Putrajaya;
- Negeri Sembilan;
- Melaka;
- Johor;
- Terengganu;
- Pahang;
- Kelantan;
- Perak;
- Kedah;
- Pulau Pinang; dan
- Perlis.
*Penerima di Sabah dan Sarawak adalah terkecuali kerana Bantuan Sara MyKasih akan disalurkan secara ansur dua (2) kali setahun.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Sara MyKasih bernilai RM100 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Berstatus isi rumah berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Berstatus ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar di bawah data e-Kasih.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sara MyKasih bernilai RM100 sebulan melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.